Fesyen Lady Gaga semakin menakutkan
LOS ANGELES - Gaya esentrik penyanyi popular Lady Gaga dilaporkan semakin pelik dan menakutkan. Penampilan terbaru penyanyi itu yang memuat naik gambarnya di laman gambar Instagram mengejutkan banyak pihak termasuk peminat fanatiknya sendiri.
Menurut akhbar Daily Mail, Gaga, 27, kelihatan seperti watak dalam filem thriller Silence of the Lambs. Gaga memuat naik gambar tersebut dengan menulis kapsyen "saya mempunyai masa yang seronok dengan topeng muka."
Penyanyi lagu Poker face itu turut menambah, "Adakah ia kelihatan seperti Margiela?" soal Gaga yang ditujukannya kepada butik fesyen Maison Martin.
Terdahulu, pereka fesyen terkemuka, Margiela pada awal tahun lalu telah menutup muka model-modelnya menggunakan topeng muka kristal semasa memperagakan baju.
Bagaimanapun, rupa Gaga dalam gambar tersebut dikatakan sama seperti pembunuh kanibal bersiri dalam filem seram Silence of the Lambs yang dibintangi oleh Jodie Foster.
Category:
0 comments:
Post a Comment