Fan Page FB Syamsul Yusof Pula Kena Hacked
Selepas kebocoran filem arahannya KL Gangster 2, kini giliran laman Facebook Syamsul Yusof pula digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab. Laman sosial Facebooknya dipercayai digodam sebentar tadi.
Syamsul juga sempat menulis, “kepada hacker yang telah menjadi Admin pagi ini dan hadkan kuasa saya di page saya sendiri. Saya Syamsul Yusof merayu sesama Islam kenapa hack fanpage saya. Tolonglah jangan buat macam ini, tiada apa pun di fanpage saya. Saya cuma kongsi perkembangan filem dan ilmu agama dalam penulisan sahaja.
Tolonglah sahabat jangan buat macam ini. Tolonglah saya merayu kepada dua orang penggodam page saya ini”. Hmm, tak sudah-sudah dugaan menimpa pengarah berusia 29 tahun. Semoga Syamsul tabah menghadapi segala dugaan dan ujian berat yang menimpanya itu. Buat yang menggodam Facebook Syamsul, hentikanlah berbuat demikian.
Tiada faedahnya anda berbuat begitu. Kalau tak puas hati sekali pun dengan Syamsul, apa kata bertemu dan berbincang dengan Syamsul sendiri daripada menganiayai orang sebegitu.
Category:
0 comments:
Post a Comment