Ads 468x60px

Monday, 9 September 2013

Anak Ahmad Dhani sebabkan enam terbunuh


Anak Ahmad Dhani sebabkan enam terbunuh
Anak bongsu komposer dan penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani, Ahmad Abdul Qodir Jaelani, 13, telah menyebabkan enam orang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya awal pagi kelmarin di Tol Jagorawi, Bogor.

Kejadian berlaku ketika Ahmad Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali dengan panggilan Dul yang memandu laju kereta jenis Mitsubishi Lancer bersama kawannya dalam perjalanan pulang ke Jakarta dari Bogor telah terbabas di lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah van yang membawa 13 penumpang. Van tersebut kemudiannya telah dilanggar oleh sebuah Toyota Avanza yang berada di belakang. Kemalangan tersebut turut menyebabkan sembilan orang cedera.

Walaubagaimanapun Dul dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan hanya patah kaki. Kereta Mitsubishi Lancer itu dikatakan telah dihadiahkan oleh Ahmad Dhani kepada anaknya yang menyambut hari jadi pada 23 Ogos lalu.

Sementara itu jurucakap polis trafik Jakarta Timur, AKP Agung berkata pihaknya masih sedang menjalankan siasatan jika Dul mempunyai lesen atau surat kebenaran memandu. "Jika dilihat pada usianya yang baru berusia 13 tahun, sudah pasti dia tidak memiliki lesen memandu. Jika ini benar, dia bakal berdepan hukuman penjara lima tahun," ujarnya.

Pada masa yang sama, pengacara popular Farhat Abbas sempat memberi pendapatnya tentang kejadian yang menimpa anak Ahmad Dhani dan bekas isteri, Maia Estianty itu.

"Bagi saya, kesalahan sebenarnya bukan terletak pada Dul, tetapi pada Ahmad Dhani sendiri," ujarnya seperti dipetik dari KapanLagi. Tambahnya lagi, Ahmad Dhani tidak pandai mendidik anak selepas merampas hak asuhan daripada bekas isterinya itu.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...