Penyayi Norsheila Amin Melecur Teruk Disambar Api
PENYANYI yang popular dengan lagu Rambu Ramba, , 49 ditimpa kemalangan apabila bahagian kiri tubuhnya disambar api ketika sedang sibuk memasak di dapur, Sabtu lalu.
Menurut Sheila Amin, kejadian itu berpunca dari tong gas yang bocor di rumah anak perempuannya, Nurrul Admiena Norrizan. Anggota kiri badannya termasuk wajah, tangan dan kaki melecur.
“Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.
Antara kesan lecur yang ditimpa Sheila Amin
“Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur,” katanya dipetik dari .
Shila juga akui rasa sakit di masih terasa meskipun sudah seminggu kejadian itu berlaku. “Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.
“Apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan,” ujarnya.
Category:
0 comments:
Post a Comment