Ads 468x60px

Wednesday, 21 August 2013

BERITA TERKINI !!! Gambar Bas Genting-KL Menjunam Masuk Gaung [SAKSIKAN...]


Gambar Sekitar Kejadian Bas Genting Highland Jatuh Gaung, gambar bas jatuh gaung di genting highland, gambar bas genting jatuh gaung, gambar bas jatuh gaung

Tadi berita terkini TV 3 ada malaporkan kejadian kemalangan di Lebuh Raya Karak yang melibatkan sebuah Bas Genting dimana bas ekspress tersebut telah jatuh gaung kira-kira jam 2.45 petang tadi hari ini 21 Ogos 2013.

 Terkini...dilaporkan seramai 49 orang mangsa terlibat didalam kemalangan bas yang jatuh ke dalam gaung di Genting Highland sebentar tadi.

Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pihak anggota bomba dan penyelamat...seramai 25 orang maut sementara 17 lagi parah dan telah dihantarkan ke hospital berhampiran.

 Buat masa ini operasi menyelamat masih lagi sedang giat dijalankan.


 Pihat anggota bomba dan penyelamat telah mengerahkan seramai 450 anggotanya untuk turun membantu didalam operasi menyelamat ini.

Mereka juga akan mengunakan anggota pengesan khas bagi memastikan tidak akan ada mana mana mangsa yang tertinggal didalam operasi menyelamat.


bas ekspres persiaran jatuh gaung Gambar Sekitar Kejadian Bas Genting Highland Jatuh Gaung
Kemas kini;



KARAK: Seramai 37 orang disahkan maut setakat 8.15 malam dalam kemalangan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Daripada angka tersebut, 24 dipercayai lelaki dan 13 lagi perempuan.

Jumlah penumpang bas yang mula-mula dijangka hanya 49 orang juga, kini meningkat kepada 53 apabila polis menemui 4 lagi mayat.

Pada masa ini kerja-kerja oleh anggota bomba dan penyelamat sedang dijalankan untuk mengeluarkan kira-kira tujuh lagi penumpang.

Menurut sumber, bas itu terhumban ke dalam gaung sedalam 50 meter.

Difahamkan, seorang wanita menjadi mangsa pertama dikeluarkan dari lokasi kemalangan kira-kira pukul 3.30 petang.

Sebanyak 30 ambulan difahamkan ditugaskan untuk membawa mangsa ke hospital berhampiran.

Difahamkan keluarga mangsa terlibat menunggu di Hospital Selayang dan Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mangsa difahamkan sudah mula dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur namun sumber enggan mengulas lanjut.

Pada 2012, dua pelancong india maut manakala 22 lagi cedera apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 4.5, jalan genting highlands-kuala lumpur

Sementara pada 2010, 7 maut manakala 21 lagi penumpang cedera dalam tragedi maut bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 genting sempah.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...