Wajah - Wajah Tertuduh Merogol Pegawai Pengiring SUKMA Tersebar
Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang selepas menetapkan kes mereka pada 20 Ogos. Ketiga-tiga mereka didakwa merogol seorang gadis di sebuah bilik di Kolej Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada kira-kira pukul 4.10 pagi pada 4 Julai lalu. Kesemua mereka didakwa merogol semasa berakhirnya temasya sukan itu di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) sehingga mereka ditahan reman untuk siasatan. Sekumpulan pemberita dan jurugambar sedang menunggu di luar mahkamah sejak pagi pendakwaan terhadap suspek.
Terdahulu, mangsa dikatakan telah keluar minum bersama ketiga-tiga lelaki itu sebelum kejadian pada hari berkenaan dan dakwaan rogol itu berlaku di bilik dorm di perkampungan sukan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mendakwa pegawai rasmi pasukan bola baling Wilayah Persekutuan turut menyertai sesi minum bersama para pemain sebelum kejadian rogol berlaku.
Category:
0 comments:
Post a Comment