Ulamak Azhar Berbekal Kafan,Siap Mati Membela Syariat
Mesir – Ulama Al-Azhar telah menentukan sikap mereka di dalam konflik di Mesir. Iaitu mendukung presiden Mursi dan menentang kudeta tentera yang dilancarkan oleh Jendral As-Sisi. Sebagaimana dilaporkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dalam fbnya, para ulama Al-Azhar juga ikut turun di dalam demonstrasi yang berlansung pada hari semalam (Jumaat -06/07).
Para Ulamak Al-Azhar menjadi benteng utama di bahagian hadapan. Mereka terus membantah dan menolak rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh pihak askar dan menuntut Dr.Muhammad Mursi di kembalikan jawatannya selaku Presiden Mesir. Sebelumnya, jutaan rakyat yang pro Mursi telah keluar ke lapangan Rabiah Al-Adawiyah. Para ulama Al-Azhar dilaporkan menuju lokasi tersebut. Dalam aksi tersebut, mereka membawa kain kafan, sebagai bukti bersedia untuk mati. Hal itu ditujukan demi membela syariat Islam dan menolak kudeta tentera ke atas presiden Mursi. Syaikh Ahmad Thayyib dalam ucapannya menuntut pembebasan Presiden Mursi, para jajaran tinggi pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan semua demonstran yang ditangkap pada demonstrasi sebelumnya.
Category:
0 comments:
Post a Comment