Ads 468x60px

Sunday 28 July 2013

Selebriti Dituduh Membunuh



Selebriti Hollywood memang hidup penuh glamor, dilimpahi kekayaan dan populariti berpanjangan. Semua tingkah laku mereka diperhatikan dan dijadikan modal insan.

Jadi alangkah terkejutnya para peminat mereka bila mereka ditahan polis atas tuduhan membunuh.

 Kami senaraikan antara selebriti Hollywood yang pernah menghadapi dakwaan pembunuhan, sama ada bersalah atau tidak, dihukum atau tidak.

 O.J. Simpson



 Kes pembunuhan isteri pemain 'football' terkenal O.J. Simpson pada tahun 1994 merupakan antara kes yang paling popular di Hollywood, malah perbicaraan Simpson menerima publisiti media paling banyak pada tahun 1995, sekaligus menaikkan nama peguam belanya, Robert Kardashian.

 Simpson ditahan atas pembunuhan bekas isterinya, Nicole Brown Simpson dan rakannya Ron Goldman selepas mayat mereka ditemui di luar kawasan kondo Nicole di Brentwood. Namun ramai yang terkejut apabila Simpson dibebaskan dari semua tuduhan pada tahun 1995, sekalipun dia kemudiannya diminta membayar AS$33.5 juta (RM107 juta) kepada keluarga mangsa.

 Simpson akhirnya ke penjara, tapi bukan atas tuduhan membunuh. Pada tahun 2008, dia dipenjarakan atas tuduhan rompakan bersenjata dan penculikan.

 Robert Blake


 Pelakon "In Cold Blood", Robert Blake telah dituduh membunuh pada tahun 2001 selepas menembak mati isterinya, Bonnie Lee Bakley. Sekalipun didakwa mengupah dua penagih dadah untuk membantunya membunuh isterinya, Blake dibebaskan dari tuduhan oleh pihak juri kerana kekurangan bukti. 

Namun dalam perbicaraan sivil di California pada tahun 2005, dia didapati bertanggungjawab atas kematian isterinya. Sebelum ini, Bakley dikatakan telah memerangkap Blake untuk mengahwininya apabila meyakinkan lelaki itu bahawa dia hamil dengan anak Blake, pada waktu yang sama dia sedang bercinta dengan anak Marlon Brando, Christian.

 Duane "Dog" Chapman 



 Dia mungkin pemburu ganjaran yang paling ditakuti ramai penjenayah era ini. Tapi pada tahun 1976, Duane "Dog" Chapman, bintang "Dog the Bounty Hunter" ini pernah dituduh membunuh apabila seorang pengedar dadah ditembak mati dalam satu pembelian marijuana di Texas.

 Dog yang juga ahli geng yang terlibat dalam urus niaga tersebut disabitkan atas tuduhan pembunuhan tersebut dan dipenjarakan selama lima tahun, sekalipun dia dibebaskan tiga tahun lebih awal kerana menunjukkan sikap yang baik.

 Roscoe "Fatty" Arbuckle 



 Roscoe Arbuckle merupakan seorang pelakon filem senyap yang pernah bekerjasama dengan bintang-bintang filem senyap terkenal ketika itu, seperti Charlie Chaplin dan Mabel Normand dalam filem seperti "Coney Island", dan "Out West".

 Namun dia mengejutkan ramai apabila ditahan atas pembunuhan seorang wanita bernama Virginia Rappe pada tahun 1921. Arbuckle telah menyewa bilik hotel 1220 dan 1221 di Hotel St. Francis, San Fransisco dan menjemput ramai wanita, termasuk Rappe yang suka berparti. Rappe, yang mempunyai masalah kesihatan kerana sudah beberapa kali menggugurkan kandungan serta ada masalah alkohol, membuat tuduhan yang Arbuckle telah memperkosanya ketika dia dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Apabila Rappe meninggal dunia seminggu kemudian, spekulasi tercetus bahawa Arbuckle mungkin telah menggunakan botol Coca Cola untuk memperkosanya.
Sekalipun dibuktikan tidak bersalah, kerjayanya musnah akibat skandal tersebut.

 Sid Vicious 


 Pemain bass legenda Sex Pistols, Sid Vicious ditahan polis pada tahun 1978, apabila isterinya, Nancy Spungen ditemui mati dengan kesan tikaman, dalam kejadian yang berlaku di bilik mereka di Hotel Chelsea.

Vicious yang berada di bilik yang sama tidak tahu apa yang telah berlaku kerana kedua-duanya berada dalam keadaan khayal akibat dadah malam sebelum kejadian tersebut.

 Malangnya, perbicaraan Vicious tidak pernah berlaku kerana dia yang patah hati atas kematian isterinya turut menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat penggunaan heroin berlebihan beberapa bulan kemudian, di usia 22 tahun.

 Mark Wahlberg


 Sebelum bintang "Max Payne" ini dikenali sebagai pelakon kelas A, Mark Wahlberg merupakan seorang remaja bermasalah yang tinggal di Boston.

 Selain daripada seringkali ditahan polis atas jenayah kecil, Wahlberg pernah didakwa atas cubaan membunuh pada usia 16 tahun, apabila dia menyerang seorang lelaki Vietnam pertengahan usia dan menyebabkan mangsa buta sebelah mata.

 Wahlberg kemudiannya mengaku bersalah atas tuduhan serangan dan dihukum penjara 45 hari.

 Phil Spector 


 Penerbit muzik terkemuka, Phil Spector ditahan apabila pelakon Lana Clarkson ditemui mati dengan kesan tembakan di muka ketika melawat rumah Spector di Alhambra, California pada tahun 2003.

 Dikatakan Clarkson dan Spector bertemu ketika Clarkson bekerja di House of Blues. Mereka sama-sama menaiki limosin Spector ke rumah agamnya dan dalam sejam kemudian, pemandu limosinnya terdengar bunyi tembakan dari dalam rumah.

Spector keluar dari rumah tidak lama kemudian dan berkata, "Saya rasa saya tertembak dia", dan menjelaskan bahawa kematian tersebut tidak disengajakan apabila Clarkson bertindak "mencium senapang". Spector didapati bersalah dan dihukum penjara 19 tahun pada tahun 2009, selepas perbicaraan pertama pada tahun 2007 diumumkan sebagai perbicaraan silap.

 Michael Brea 


 Pelakon Michael Brea, yang pernah muncul dalam drama "Ugly Betty" telah didapati bersalah kerana membunuh ibunya,

Yannick Brea menggunakan pedang samurai di rumah mereka di Brooklyn pada tahun 2010. Pasukan SWAT menemui Brea 45 minit kemudian dengan keadaan tangannya masih berdarah, selepas jiran tetangga menghubungi 911 kerana terdengar jeritan dari rumah mereka.

Seorang daripada jiran mereka mengatakan dia dengar Brea berteriak "Bertaubatlah! Orang berdosa! Awak tak percayakan Jesus!" berkali-kali sebelum pembunuhan tersebut berlaku.

 Snoop Dogg 


 Pada tahun 1995, Snoop Dogg (kini dikenali sebagai Snoop Lion) dibicarakan atas jenayah darjah pertama dan kedua atas jenayah tembak-menembak yang menyebabkan kematian seorang ahli geng L.A. Snoop, yang dikenali dengan nama Snoop Doggy Dogg ketika itu, telah dibebaskan dari tuduhan pembunuhan dan disabitkan atas jenayah konspirasi dan pematian orang secara voluntari.

 Paul Kelly 


 Pelakon filem dan teater, Paul Kelly telah didapati bersalah kerana menyebabkan kematian pelakon Ray Raymond dalam satu pergaduhan yang berlaku pada tahun 1927.

Kelly dihukum penjara selama 25 bulan di penjara San Quentin. Tidak lama kemudian, dia mengahwini balu Raymond, Dorothy MacKaye yang turut dipenjarakan dalam tempoh sekejap atas tuduhan bersubahat.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...