Ads 468x60px

Tuesday, 9 July 2013

Pengkid Bakar Rumah ‘Awek’ Kerana Cinta – Bangang Apakah?


Pengkid Bakar Rumah 'Awek' Kerana Cinta - Bangang Apakah?, Kes jenayah remaja bakar rumah, cinta lesbo, pengkid, apa nak jadi manusia zaman sekarang ni...

Fuh!! berderau darah  baca berita yang super menjengkelkan ni. Manusia kini dah hilang pertimbangan diri. Dah tak takut dengan undang-undang ‘ciptaan manusia’. Bayangkan seorang ‘PENGKID’ sanggup membakar rumah konon ‘kekasihnya’ hanya kerana cinta. Hmmm.. Tak yau nak cakap apa dah. Jom baca kes jenayah ini dari petikan akhbar Harian Metro bawah ni.

 Muadzam Shah: “Aku nak ko (kau) mati… aku akan bakar rumah ko (kau).” Itu antara kandungan SMS ugutan diterima mangsa cinta sejenis dikenali sebagai Mira, 17, yang dikirim seorang pengkid sebelum membakar rumah keluarganya, dua hari kemudian di FELDA Keratong 9, dekat sini, 6 Julai lalu. Mengimbas semula kejadian itu, Mira berkata, pada malam sebelum kejadian, dia yang berasa tidak sedap hati ketika tidur di biliknya mengambil keputusan tidur di bilik abangnya yang tiada di rumah kerana bekerja syif malam. Menurutnya, selepas dua jam melelapkan mata, dia terjaga jam 11 malam selepas terhidu bau asap di bilik tidurnya lalu bergegas bangun untuk memeriksa. Katanya, sebaik membuka pintu bilik, dia terkejut apabila melihat api merebak pantas sebelum menjerit memanggil bapanya. “Api merebak begitu cepat menyebabkan bapa tidak mampu berbuat apa-apa manakala pili bomba berhampiran rumah pula tidak berfungsi mengakibatkan keseluruhan rumah ranap sekelip mata.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...