Ads 468x60px

Saturday 13 July 2013

Panas...Nabila Huda Disangka Tak Puasa Di Auckland?

Panas...Nabila Huda Disangka Tak Puasa Di Auckland?

Setiap tahun, tak sah kalau tiada cerita atau gosip tentang kononnya ada artis tak berpuasa termasuklah ramadan kali ini. Cuma kali ini, tak tahulah kesahihannya.Tak mahulah dikatakan cuba memfitnah pula, tetapi  cuma ingin kongsi apa yang di beritahu, lebih-lebih lagi kita baru sahaja masuk ke ramadan. Ceritanya begini, pelakon Nabila Huda yang kini berada di Auckland, New Zealand nampaknya disangka tidak berpuasa selepas sekeping foto yang dimuat naik ke laman Instagram pagi tadi menunjukkan dia sedang memegang minuman dan sebungkus makanan di siang hari. Foto yang dimuat naik oleh Nabila Huda itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan curiga selepas ada beberapa peminatnya yang memberikan komen negatif ke laman Instagram Nabila Huda apabila menyangka pelakon itu tidak berpuasa di sana. Namun, ada juga yang memberikan komen yang positif apabila membalas komen negatif itu dengan memberitahu gambar itu hanya lakonan sahaja. Yelah, Nabila ke sana pun atas urusan kerja iaitu menjalani penggambaran Drama Jodoh Itu Milik Kita. Rasanya setuju juga dengan komen postif yang diberikan, mungkin ia hanya lakonan sahaja. Lagipun bukan ada bukti gambar yang Nabila sedang makan atau minum waktu siang hari di sana sejak 2 hari lalu punkan? Malah, mungkin juga foto itu diambil sebelum bulan puasa kerana tak silap Nabila sudah berada di Aukland sebelum puasa lagi. Makumlah, Nabila kan antara yang aktif menggunakan laman Instgram. Jadi, pengajaran yang boleh katakana disini, janganlah kita membuat andaian atau berprasangka buruk selagi ianya tidak sahih.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...