Ads 468x60px

Thursday 25 July 2013

Nora Danish Mengaku Sedang Bercinta Dengan Anak Menteri



Pelakon comel, Nora Danish mengakui dirinya sedang berkawan rapat dengan anak kepada seorang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Muhammad Nadem Nazri ataupun lebih mudah dipanggil Nadeem. 

Pemuda tersebut memenuhi semua kriteria lelaki pilihan untuk menjadi suaminya.

 “Saya berkawan dengan ramai orang, buat masa sekarang Nadeem adalah kawan lelaki paling rapat dengan saya.

Lagi pula rumah kami berdekatan dan senang untuk meminta bantuan daripadanya. “Dia seorang yang baik, sentiasa bersikap positif dan suka bersedekah.

Dia ada kriteria lelaki pilihan yang boleh dijadikan suami,” katanya.

 Namun, hubungan mereka itu hanyalah sekadar teman rapat dan hatinya masih belum terbuka untuk mendirikan rumah tangga semula.

 “Kami sekarang masih kawan, kalau ada jodoh dengan dia saya tidak boleh menolak, tapi setakat ini hati saya belum terbuka untuk mana-mana lelaki lagi.

 “Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan untuk menjadi seorang isteri juga saya perlu betul-betul bersedia terutama dari segi pengorbanan,” tambahnya.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...