Ads 468x60px

Friday, 19 July 2013

Kesempitan duit punca Sasha Saidin cerai

shasha saidin cerai

Setelah enggan membongkarkan punca penceraiannya selama ini, hari ini menerusi Kosmo, Sasha Saidin akhirnya berkongsi permasalah utama yang melanda perkahwinannya dengan Salyo. Untuk makluman, mereka berdua telah pun bercerai talak satu pada 10 Julai 2012.

 Rupa-rupanya punca utama perpisahan mereka ialah masalah kesempitan duit. Malah sehingga ke hari ini, bekas suami Sasha kadang kala tidak memberikan nafkah. Kata Sasha:-

 Punca utamanya adalah disebabkan masalah kesempitan duit, malah kami juga sering berjauhan. Dia berada di Indonesia manakala saya di Malaysia. Pada mulanya saya rasa risau hidup sebagai ibu tunggal tetapi alhamdulillah, kini ok. Walaupun kadang-kadang bekas suami bagi nafkah, kadang-kadang tidak, saya masih boleh hidup dan tidak menghadapi masalah kewangan.

 Menariknya, Sasha masih ingin mahu berkahwin sekali lagi kerana mengimpikan anak perempuan. Namun begitu, salah satu syarat bakal suaminya ialah mesti mempunyai kewangan yang stabil.

 Ada juga terfikir, malah kawan-kawan baik semua suruh saya cari orang kaya atau jadi isteri kedua kepada orang kaya dan sebagainya. Sebenarnya berkahwin dengan orang kaya itu tidak menjamin kehidupan yang sempurna.

 Lagipun, saya tidak boleh berkongsi suami dengan orang lain. Jika duda saya tidak kisah. Saya juga pernah diminati lelaki semuda Zain (29 tahun) tetapi saya cakap pada mereka, mana mungkin saya terima lelaki sebaya adik saya.

 Kalau ditakdirkan berkahwin sekali lagi, saya mahukan lelaki yang boleh membimbing saya – bukannya saya yang membimbing mereka pula. Kalau boleh dia juga harus stabil dari segi kewangan.

 Berita kurang gembira untuk dunia hiburan hari ini apabila Sasha Saidin atau lebih dikenali dengan nama Sasha Elite telah pun disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto. Lafaz cerai telah dilakukan oleh suaminya pada jam 2.55 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak. Mereka berdua telah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

 Semasa lafaz cerai diucapkan, Sasha dan Salyo dilihat mengalirkan air mata. Pasangan ini mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan. Salyo telah diperintahkan untuk membayar edah sebanyak RM300 sebulan kepada Sasha. Yang penting Salyo turut bersetuju untuk memberi nafkah sebanyak RM500 sebulan kepada anak mereka berdua.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...