Ads 468x60px

Sunday, 7 July 2013

Kemalangan Ngeri Di Kelantan – 2 Maut 2 Cedera

Kemalangan Ngeri Di Kelantan - 2 Maut 2 Cedera, kemalangan ngeri, kemalangan di kelantan, kemalangan kelantan - kubang kerian, kemalangan maut

KOTA BHARU – Hajat empat sahabat untuk menghadiri majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila dua maut manakala dua cedera dalam kemalangan ngeri yang melibatkan empat kenderaan di Jalan Kota Bharu – Pasir Puteh di sini, Semalam. Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, kenderaan yang dinaiki keempat-empat mangsa yang merupakan anggota tentera dari kem 21 Rejimen Askar Melayu (RAMD 21) Pengkalan Chepa, dipercayai dari arah Kota Bharu ke Melor hilang kawalan selepas gagal mengelak sebuah kenderaan lain yang membuat pusingan U dari arah bertentangan. Akibat kemalangan itu kereta yang dinaiki keempat-empat mangsa, melanggar kenderaan lain sebelum merempuh treler yang diparkir di bahu kiri jalan. Dalam kejadian itu, penumpang depan Firdaus Abd Rani 23, dan Mohd Nor Hamidi,23 penumpang belakang maut manakala pemandu Ferdaus Che Fadzil 29, hanya mengalami cedera ringan. Manakala Abdul Halim Husin, 24, yang juga penumpang belakang dilaporkan kritikal dan kini ditempatkan di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan susulan. Innalillah. Al-Fatihah kepada mangsa yang meninggal dunia dan takziah kepada keluarga mereka. Sama-sama kita doakan mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan kita doakan yang cedera kembali sembuh seperti sedia kala. In Shaa Allah.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...