Ads 468x60px

Sunday 28 July 2013

KEJAM!! Budak Di Perkosa Sampai Mati Lalu Dicampak Dalam Perigi



New Delhi: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun diperkosa dan dicekik hingga mati sebelum mayatnya dibuang dalam sebuah perigi di Jaipur.

 Mayatnya ditemui sekumpulan kanak-kanak lain yang bermain berhampiran kawasan itu.

 Mangsa dikatakan hilang sehari sebelum kejadian, tetapi keluarganya tidak melaporkan kehilangannya kerana menyangka dia berada di rumah saudara mereka. Setakat semalam, polis belum lagi membuat sebarang tangkapan.

 Menurut polis, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa dicekik hingga mati selepas dirogol.

 “Kami menerima maklumat bahawa satu mayat dibuang dalam perigi yang terbiar tidak jauh dari tempat kejadian.

“Anggota kami bergegas ke tempat itu sebelum menemui mayat mangsa yang kemudian disahkan oleh ahli
keluarganya,” kata penolong komisioner polis Narpat Singh.




No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...