Ads 468x60px

Sunday, 7 July 2013

Keganasan Bola Sepak | Pengadil Menikam Pemain Sehingga Mati Kemudian Ahli Keluarga Mangsa Memenggal Kepala Sehingga Putus


gambar pengadil dipenggal

Brazil : Seorang pengadil perlawanan bola sepak dipenggal kepala selepas dia menikam seorang pemain ketika perlawanan diadakan di stadium Pius XII, di Maranhao, pada 30 Jun lalu. Kejadian bermula selepas Octavio da Silva Catanhede Jordan, 20, telah bergaduh dengan salah seorang pemain, Josenir dos Santos Abreu , 30,. Pertengkaran berlaku selepas Santos Abreu tidak berpuas hati dengan tindakan Octavio yang mengarahkan keluar padang. Santos Abreu kemudiannya enggan beredar menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum Octavio mengeluarkan pisau kecil dan menikam pemain itu berulang kali. Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Dalam masa sama, penyokong dan keluarga Santos Abreu yang menyaksikan perlawanan itu, kemudiannya meluru masuk ke dalam padang sebelum mereka memotong kepala Octavio. Mereka kemudiannya meletakkan kepala Octavio di tengah padang. Setakat ini polis telah menahan seorang lelaki, Luis Moraes Souza dan sedang memburu dua yang lain,dikenali sebagai ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo’.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...