Ads 468x60px

Wednesday 17 July 2013

Emma Roberts ditangkap gara-gara cederakan kekasih

Emma Roberts ditangkap gara-gara cederakan kekasih

Bintang filem "Empire State", Emma Roberts telah ditahan oleh pihak polis pada 7 Julai lalu selepas dia mencederakan teman lelakinya, Evan Peters.

 Menurut laporan TMZ, kejadian berlaku selepas aktres berusia 22 tahun itu dan teman lelakinya Evan, 26, bertengkar di bilik hotel sebelum bertukar menjadi ganas apabila masing-masing bertindak memukul antara satu sama lain.

Tetamu hotel lain yang tidak tahan mendengar pergaduhan pasangan tersebut telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis Montreal. Polis yang tiba di bilik pasangan tersebut mendapati Peters berada dalam keadaan hidung berdarah serta terdapat bekas gigitan menyebabkan anak saudara kepada aktres Julia Roberts itu ditahan.

Walaubagaimanapun Roberts dilepaskan beberapa jam kemudian selepas Peters enggan membuat sebarang dakwaan terhadap kekasihnya itu.

Satu sumber memberitahu US Weekly, hubungan pasangan itu tampak seperti biasa selepas pertengkaran tersebut. Roberts dan Peters yang telah menjalin hubungan cinta sejak musim bunga tahun lalu bakal bekerjasama dalam musim terbaru siri televisyen "American Horror Story".


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...