Ads 468x60px

Saturday, 20 July 2013

Apa Yang Tak Laku? Kalau tak laku, buat lagi - Raja Ema



PENYANYI ini masih menaruhkan wajah manis yang hampir serupa ditatap pada tahun 1980-an di kaca televisyen dan media cetak. Bezanya hanya pada usia dan statusnya kini. Seperti dahulu, Raja Ema, 45, masih manis, comel dan manja - ciri-ciri sama yang menjadikannya seorang selebriti remaja yang digilai ramai.

 Awal mengecapi kehidupan popular dan dijulang naik ekoran kejayaan filem-filem seperti Sayang, Mawar Merah dan Antara Dua Hati, hidupnya kemudian mengalami perubahan yang seakan-akan tidak dapat diteka.

 Berkahwin, cerai, berkahwin semula dan kembali menyandang status janda, Raja Ema akur dengan jalan kehidupan dan melihat semuanya itu mempunyai hikmah. Umum tahu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheqal namun terkandas di tengah jalan.

 "Saya percaya apa yang berlaku sekarang ialah rahmat daripada Allah. Dua tahun sebelum ini, pelbagai dugaan datang dalam hidup saya. Orang yang saya paling rapat iaitu bapa kesayangan saya meninggal dunia dan pada waktu yang sama berpisah dengan suami. Keadaan itu turut mempengaruhi anak-anak saya, Putera Ammar, 19, dan Putera Al Kashah, 17.

 "Hidup ini memang kena banyak berkorban, orang mungkin tidak faham masalah kita. Jika lebih pada emak dan tak dengar kata suami, jatuh hukum derhaka. Kerana itu saya sebaik mungkin cuba mendiamkan diri. Pada saya, itu ialah jalan terbaik agar tidak jatuh hukum dan menyalahkan mana-mana pihak," katanya.

 Kini atas tiang kesabarannya yang ditegakkannya dalam kehidupan, Raja Ema kembali dengan sebuah album kompilasi. Dia juga turut sibuk di lokasi penggambaran drama namun cuba menolak kalau perlu berada di luar kota. Menggemari watak antagonis, Raja Ema bakal muncul dalam telefilem berjudul Jangan Biarkan Aku dan Kalau Dah Perempuan yang akan bersiaran di saluran RTM.

 TERKEJUT DENGAN SAMBUTAN

 Ekoran peningkatan usia dan kematangan kedua-dua puteranya, Raja Ema merasakan ada masa terluang untuk dirinya kembali aktif dalam bidang seni. Ia bermula dengan sesi fotografi bersama sebuah majalah yang memberikan impak yang kuat buat dirinya. Telefonnya berdering-dering, tawaran bergambar dan berlakon semula lebat diterima Raja Ema.

 “Dulu memang ada niat untuk berlakon balik tapi niat yang suam-suam kuku. Saya tak sangka bila usai fotografi yang saya jalani, ia menjadi panas.

Banyak panggilan telefon daripada penerbit dan itulah mulanya saya kembali ke persada seni,” ketawanya manja persis seperti anak dara. Anak-anaknya menjadi pemerhati kemunculan semula Raja Ema ke dunia seni. Tawa Raja Ema lagi, dia terkejut mendapat tahu bahawa dia masih mempunyai peminat yang ramai dan sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

ps:cerita lanjut dalam kosmo!


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...