Ads 468x60px

Tuesday 30 July 2013

APA NAK JADI? SUAMI DURJANA PERKOSA GADIS LEMBAM DEPAN ISTERI



               Gambar hiasan
Banting: Seorang lelaki tergamak merogol gadis lembam berusia 19 tahun di depan isterinya dalam kejadian kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah Jalan Masjid Kanchong Darat, Sabtu lalu.

 Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan, berkata suspek berusia 24 tahun itu adalah adik angkat ibu mangsa dan dikatakan kerap mengunjungi rumah berkenaan.

“Mangsa yang tidak bekerja tinggal berseorangan pada hari kejadian kerana ibunya keluar bekerja manakala adiknya menghadiri kuliah di Shah Alam.

 Mangsa bersendirian “Menyedari mangsa bersendirian, suspek menolak mangsa ke sofa di ruang tamu dan merogol mangsa di depan isterinya,” katanya kepada BH ketika dihubungi semalam.

 Nordin berkata, ibu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Banting sejurus dimaklumkan oleh mangsa mengenai kejadian itu.

 Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek ditahan di pondok pengawal di sebuah pusat latihan awam di Morib kelmarin manakala kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...