Ads 468x60px

Thursday 18 July 2013

Amnesty gesa siasat penyokong Morsi diseksa mati

mesir mayat ikhwan mati

Amnesty International, semalam menggesa pihak berkuasa Mesir membuka kes siasatan berhubung dakwaan penyokong bekas Presiden yang mendakwa mereka diseksa dan dianiaya ketika ditahan. 

Kumpulan hak asasi manusia itu turut menekankan supaya mereka yang dituduh mencetuskan keganasan dalam pertempuran dua minggu lalu, diberi perbicaraan secara adil.

 Menurut pertubuhan yang beribu pejabat di London itu dalam laporannya semalam, pihak berkuasa Mesir menafikan hak undang-undang terhadap beratus-ratus penyokong Mursi yang ditahan.

 Katanya, melalui testimoni yang dijalankan ke atas tahanan, mereka dimaklumkan telah dipukul dan dikenakan renjatan elektrik ketika dalam tahanan. Timbalan Pengarah Amnesty bagi Asia Barat dan Afrika Utara, Hassiba Hadj Sahraoui berkata, pendakwa raya awam juga perlu menunjukkan bahawa siasatan dijalankan dengan bebas dan tidak berat sebelah.

 Pertubuhan itu turut menyuarakan kebimbangan tentang keadaan tahanan dan menyatakan ahli keluarga mangsa tidak tahu anggota keluarga mereka ditahan atau sama ada mereka dibenarkan mendapat khidmat peguam.

 Menurut Amnesty International, seramai 660 orang, termasuk pemimpin Ikhwanul Muslimin telah ditahan sejak Mursi digulingkan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...