Tragedi Menara Umno, Teori Bagaimana Mayat Lim Chin Aik Hilang
Macam2 teori dan persoalan yang timbul bagi merungkai misteri kehilangan mayat seorang peniaga Lim Chin Aik, yang menjadi mangsa dalam nahas antena menara umno tumbang baru2 ni. Sebelum ni rakaman awal yang sempat dipetik dari CCTV telah pun tersebar secara meluas. Rakaman yang menunjukkan pasir dan sebahagian besar antena yang berat itu tumbang dan jatuh ke tanah sehingga menghempap kereta yang sedang melalui jalan tersebut ke dalam tanah. Terbenam.. Petikan berita dari laman web mStar: Kalau sebelum ini, arkitek dari Singapura menyebut bagaimana kereta dipandu Lim Chin Aik berkecai seumpama tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak. Kali ini bekas Pengerusi Institut Jurutera Malaysia (cawangan utara) Lim Kok Khong berpendapat mayat Lim Chin Aik dipercayai terbenam sekurang-kurangnya sedalam 40 meter atau setinggi 13 tingkat bangunan di bawah tanah dan di bawah konkrit bertetulang dengan kepanjangan 30m. Panjang konkrit penebat kilat ialah 38m dan ia telah memberi impak secara langsung terhadap bahagian tempat duduk pemandu, Kok Khong. “Ia betul-betul mengenai bahagian pemandu dan menyebabkan mangsa terbenam jauh ke dalam tanah,” kata Kok Khong. “Dia akan terbunuh serta-merta.” “Bayangkan sebatang pensil gergasi jatuh terbenam ke dalam tanah, suku di bahagian atas pecah dan memecahkan permukaan sekitarnya, manakala selebihnya tertanam di bawah tanah. “Bahagian-bahagian kereta itu diseret turun pada kedalaman lapan hingga sembilan meter.”Hanya 10 meter bahagian konkrit yang jatuh boleh dikenal pasti,” katanya.”Selebihnya masih tertanam bersama mangsa.” Kerja-kerja penggalian juga tidak dapat diteruskan melebihi 9 meter kerana struktur tanah yang lemah dan ini boleh menjejaskan integriti struktur bangunan berdekatan, kata Khok Khong.
Category:
0 comments:
Post a Comment