Ads 468x60px

Saturday 29 June 2013

Panas! Misha Omar didedah pernah berkahwin

Misha Cabar Individu Tuduh Dia Pernah Kahwin Tunjuk Bukti


misha omar fitnah pernah kahwin

 PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mencabar individu yang menuduhnya pernah berkahwin sehingga menyebabkan pernikahannya dengan juruterbang Malaysia Airlines System (MAS) iaitu Fiross Ezwan Rosly tertangguh tampil mengemukakan bukti. Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, berkata, dia mengenali individu yang menyebarkan fitnah tersebut dan amat kesal kerana tuduhan itu benar-benar mencalarkan reputasinya. “Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk nama saya di mana-mana Pejabat Agama,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai jurucakap produk Colourland, di sini, Rabu. Lapor Mstar Hadir sama pengarah produk kecantikan itu, Loh Boon Leong. Misha diminta mengulas gosip kononnya perkahwinan dia dengan Fiross, 31, tertangguh disebabkan dia menanti surat cerai daripada bekas suaminya iaitu seorang ahli perniagaan di Kelantan. Misha dan Firos mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan pada 20 Februari tahun lalu. Pada majlis itu keluarga kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk mengikat tali pertunangan selama setahun.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...