Ads 468x60px

Sunday, 23 June 2013

JOM BACA,Lekuk Tubuh Fatimah Zahra

keranda

Satu ketika Saidatina Fatimah Azzahra puteri tercinta Rasulullah SAW, berada di depan rumah beliau, tiba-tiba ada jenazah yang hendak di bawa kekuburan melalui di depan Saidatina Fatimah Azzahra. Semasa itu Saidatina Fatimah bersama Saidatina Asma binti khumaisy yang biasa menemani dan menghibur Saidatina Fatimah semasa Rasulullah SAW tiada di rumah. Tiba-tiba ketika itu Saidatina Fatimah menangis tersedu-sedu hingga membuat Saidatina Asma panik lalu bertanya, “ wahai puteri Rasulullah, kenapa engkau menangis melihat jenazah itu ? ada apa dengan jenazah itu ? ”Saidatina fatimah menjawab, setiap orang yang mati akan dibungkus dengan kain kafan yang rapat lalu akan di bawa ke lokasi pemakaman dengan di pikul oleh orang-orang yang membawanya?” ( Dahulu sebelum adanya keranda mayat jika ada orang meninggal maka di ketika di bawa ke kubur jenazah di pikul di atas bahu orang-orang yang membawanya). Saidatina Asma menjawab, “ Tentu wahai puteri Rasulullah ? ” Kemudian Saidatina Fatimah melanjutkan,” Dan aku pun kelak akan di bawa kekubur seperti itu ?” Saidatina Asma menjawab “ Benar wahai puteri Rasulullah”. Lalu Saidatina Fatimah melanjutkan ” itulah yang menjadikan aku menangis, sungguh aku sangat malu jika nanti aku meninggal , kemudian dibungkus kain kafan dengan rapat lalu diangkat di atas punggung orang-orang yang membawaku kekubur, sementara orang yang mengiring jenazahku akan melihatku, sungguh aku sangat malu kerana ketika itu mereka akan melihat lekuk-lekuk tubuhku”. Mendengar ungkapan Saidatina Fatimah ini Saidatina Asma berkata ” wahai puteri Rasulullah, di ketika aku ke negeri Habsyah aku melihat jenazah yang dibawa ke kubur, jenazah diletakkan di sebuah tempat yang di sebut keranda, aku pikir itu bisa menutupi pandangan orang dari melihat lekuk tubuh jenazah yang dibawa”. Mendengar cerita Saidatina Asma ini tiba-tiba tangis Saidatina Fatimah terhenti , dan wajah beliau berubah berseri-seri sambil berkata ”wahai Asma sungguh aku berwasiat, jika aku mati nanti tolong buatkan aku keranda mayat seperti yang engkau ceritakan agar lekuk tubuhku tidak terlihat ketika di bawa ke kubur”. Dan benar setelah Saidatina Fatimah meninggal, maka di buatlah keranda mayat untuknya. Yang perlu kita hayati dari kisah ini adalah sifat mulia Saidatina Fatimah yang sentiasa merasa malu jika ada yang melihat lekuk tubuhnya, meskipun di ketika beliau sudah meninggal. Dan kerana rasa malu yang dimiliki oleh Fatimah inilah menjadi rahsia, kenapa Saidatina Fatimah menjadi wanita yang paling mulia dan dicintai Rasulullah SAW. Dan ketika ini, di hari ini ! Adakah sifat mulia Saidatina Fatimah ada pada pada wanita yang berada di rumah kita ? Atau di rumah kita ada orang yang mengaku mencintai Rasulullah akan tetapi di ketika masih hidup pun tidak merasa malu jika lekuk-lekuk tubuhnya di saksikan orang di sana-sini? Atau mempamerkan lekuk tubuh telah menjadi kebanggaan para wanita yang mengaku kenal Saidatina Fatimah dan kenal Rasulullah ? Jangan sampai ada yang berkata “ yang penting hati bersih masalah aurat tidak penting”. Hati Saidatina Fatimah sungguh jauh dan jauh lebih bersih dari hati wanita – wanita yang kita saksikan ketika ini. Oleh kerana kebersihan hati beliaulah maka Saidatina Fatimah sangat pemalu dan sentiasa menjaga aurat beliu.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...